Panduan

PANDUAN MENGEDIT LAMAN WEB eSasterawan.org

(Sedang disediakan sedikit demi sedikit, mulai 7.1.2010. Kemas kini terkini pada 15.4.10 )

0.0 PERHATIAN:

0.1. Blog eSasterawan.org diasaskan kepada perisian WordPress.

0.2. Kiriman dan Laman 

Entri yang membentuk kandungan blog eSasterawan terdiri daripada dua jenis utama, iaitu Kiriman (Postings) dan Laman (Pages):

(a) Kiriman (Postings): boleh ditambah (top-up) untuk membentuk satu siri entri. Di eSasterawan.org, entri jenis Kiriman ada dua jenis, iaitu Blog dan Karya. Entri bagi kedua-dua Blog dan Karya dimasukkan (oleh pemilik blog) di lokasi yang sama (dengan mengklik ikon Kiriman) tetapi dibezakan melalui “Kategori” yang diperuntukkan kepadanya (sama ada “Blog” atau mana-mana “genre Karya”).

(b) Laman (Pages): boleh ditukar dan diedit sahaja tetapi tidak boleh ditambah (top-up). Entri jenis Laman termasuklah Biografi, Maklumat Sisi, dan Promosi.

(c) Entri di Papan Nota juga ialah entri jenis Laman tetapi mempunyai ciri yang tersendiri, iaitu termasuk ke dalam entri jenis Komen. -Lihat 0.3(c).

  0.3. Entri Jenis-Jenis Lain

      (a) Profil: Diakses melalui: Pentadbiran > Pengguna > Profil Anda.     
      (b) Kalender: Diakses melalui: Pentadbiran > Events Calendar.
      (c) Komen: Dimasukkan di kotak yang disediakan dan dapat menerima input daripada pelawat.

0.4 Kategori dan Label

Kategori dan label ialah ciri  yang diperuntukkan kepada Kiriman.

(a) Kategori yang dapat diperuntukkan kepada entri Kiriman ada dua, iaitu “Blog” atau genre Karya (misalnya “Sajak”, “Cerpen”, “Artikel”, dll).  (i) Entri terkini daripada kategori Blog akan disiarkan di halaman utama blog eSasterawan anda.  Entri terdahulu akan dimasukkan ke dalam arkib di bawah judul Blog. (ii) Kiriman daripada kategori Karya tidak akan disiarkan di laman utama blog anda sebaliknya akan terus diarkibkan di bawah judul Karya dan disusun secara automatik di bawah genre yang berkenaan.

(b) Label ialah tag yang dapat dikenakan kepada entri jenis Kiriman. Label itu akan dipaparkan di bawah entri yang berkenaan.  Tag (Label) tidak diwajibkan untuk diperuntukkan kepada entri.

1.0 MENGEDIT BLOG ESASTERAWAN.ORG ANDA

1.1. Apabila sebuah blog dibangunkan untuk anda di eSasterawan.org, anda akan diberikan Username (Nama Pengguna) dan Password (Kata Laluan) melalui emel yang anda berikan kepada Founder.

1.2 Untuk mengedit, klik ikon Pentadbiran di kaki laman blog anda.

(a) Anda akan dibawa ke laman Log Masuk tempat anda diminta mengisikan kotak-kotak yang berkenaan dengan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda.

(b) Kemudian klik ikon “Log Masuk”.

(c) Anda dibawa ke laman pengeditan (dinamai back-end). Dari laman inilah anda mengakses entri blog anda, untuk ditambah (entri jenis Kiriman sahaja), ditukar, atau diedit. Ikon pengeditan ada tersedia di baris paling atas laman (dan diulang di lajur kiri laman dalam bentuk simbol).

1.3 Entri jenis Kiriman/Laman yang pertama kali dimasukkan perlu di-TERBIT.  Selepas itu, sebarang pengeditan memerlukan entri itu di-KEMAS KINI.

1.4 Entri jenis Kiriman perlu diberikan “Kategori” (perlu) dan “Label” (kalau mahu) sebelum diterbit.  (a) Pilih daripada senarai Kategori yang tersedia di lajur kanan, sama ada “Blog” atau salah satu daripada genre Karya. PERHATIAN: Hanya Kiriman daripada kategori Blog yang akan dipaparkan di laman utama. Kiriman-kiriman daripada katergori genre Karya disiarkan di lapis dalam, sama seperti entri jenis Laman.  (b) Berikan “Label” dengan menuliskan label yang dikehendaki atau memilih label yang sedia ada dalam senarai anda.  Kemudahan memasukkan Label ke entri anda disediakan di lajur kanan, di sebelah atas kemudahan memilih Kategori.

1.5 Setelah dipilih Kategori dan ditentukan Label, klik ikon TERBIT (atau KEMAS KINI, jika anda hanya mengedit, bukan memasukkan entri baru).  Entri anda akan diterbitkan/diterbitkan semula.

1.6 Setalah selesai mengedit, anda boleh melihat blog anda dengan mengklik ikon “Lihat blog” atau log keluar dengan mengklik ikon Log Keluar.  Perhatian: Ikon “Log Keluar” hanya wujud di laman pengeditan.

 2.0 Panduan Menulis Weblog

Log (dinamai juga “jurnal”), ialah catatan berkala, biasanya secara harian. Apabila catatan dibuat di laman web, catatan itu dinamai weblog (ringkasnya blog).

Weblog ialah elemen terpenting dalam laman E-sasterawan anda. Untuk mendapatkan kesan yang positif, elemen ini memerlukan pengemaskinian yang kerap. Beberapa panduan menangani elemen ini adalah seperti yang berikut:

  • Catatkan kegiatan peribadi anda. Ini ialah weblog yang paling asas (tahap primer).
  • Catatan yang lebih bermakna ialah catatan tentang peristiwa bersejarah yang sedang berlaku. Anda rakamkan sejarah sambil sejarah itu berlaku (writing history as it happens). Contoh, merakamkan secara rinci program sastera besar yang anda hadiri. Ini dapat dikatakan tahap sekunder.
  • Pada peringkat yang lebih tinggi (tahap tertier), weblog melibatkan catatan perisitwa bersejarah berserta dengan komen kritikal atau tanggapan anda terhadapnya.

Cuba perkayakan weblog anda dengan catatan peringkat tertier.

3.0 Panduan Mengubah Tema Paparan

Pada amnya, laman web WordPress menyediakan kemudahan untuk anda mengubah tema paparan (reka bentuk laman).  Tema paparan bagi ESasterawan.org sudah ditetapkan dan anda tidak boleh mengubahnya kerana akan menyebabkan susun atur pelbagai unsur di laman ini menjadi bercelaru (lari dari kedudukan asal masing-masing).

Laman ini dikemaskini pada 15 April 2010 7:37 AM oleh Encik Admin.

Catatan Musafir Lalu

dr.irwan 2.10.2011
Beberapa usaha telah dilaksanakan untuk mengelakkan serangan spam melalui kotak komen karya, kotak komen di Papan Nota, dan melalui saluran trackback. Malam ini Mr. Webmaster telah mencuba lagi sesuatu yang baru. Nampaknya agak berkesan. Kita tunggu hingga esok, sama ada serangan masih terjadi atau tidak.

anbakri 2.10.2011
Saya tiada FB.Ni yang susah nak komen entri rkn-rkn.ATAU saya ada lain-lain cara?

tintasukma 1.10.2011
tahniah team belakang tabir esasterawan. langkah baru seganding facebook dan seanteronya. ;-) suka sangat ......

rudy bluehikari 26.9.2011
saya dah lupa kata laluan dan password. macamana ya?

azizzabidi 27.7.2011
blog saya juga diserang teruk...mohon ubatkan sebelum cedera parah

Baca/tambah komen