esasterawan.org

hairan

saya yakin - mesti, pasti, wajib, obligatorio, falloir - ada sebabnya mengapa kehairanan saya ini berlaku.

seseorang yang saya nampak tak pernah tinggal solatnya dan rajin pula ke surau adalah orang yang sama suka sagat mengambil hak orang lain - walaupun pada mata kasar kebanyakan kita sekadar sehelai dua kertas terpakai.

seseorang yang taat bersolat wajib, berpuasa wajib dan sunat adalah orang yang sama suka meluangkan masa kerja mencari barangan terpakai yang boleh dikumpul dan dijual di pusat kitar semula. kadang2 nampak amat resahnya dia dalam kerja kerana bimbang barang terpakai itu diambil pesaingnya.

seseorang yang tak tinggal solat, berbekas hitam di dahinya dan arif pula hukum tajwid, adalah orang yang sama merokok berkepul2 tanpa mempedulikan hak orang lain untuk menyedut udara bersih di sekelilingnya.

pasti, mesti, obligatorio, falloir, wajib ada sebabnya. dan pasti, mesti, wajib obligatorio, falloir juga difahami bukan solat itu yang jadi punca perangai buruk/hodoh itu.

10 komen untuk “hairan”

  1. 1
    dr.irwan 23 Februari 2010 12:45 AM

    em… ada macam-macma kategori orang alim.

  2. 2
    rimanilzah 24 Februari 2010 12:22 AM

    seorang imam, yg enak bacaannya, tlh menipu aku ribuan ringgit. bagi aku agama itu kebenaran. tapi kebenaran tidak beragama.

  3. 3
    kalamutiara 24 Februari 2010 4:14 PM

    DRIRWAN: ya, antaranya alim kucing. satu lag i - alim **** kucing
    RIMA: agama selalu jadi barang dagangan. dan aku suka ayat kedua tu.

  4. 4
    jebatsari 24 Februari 2010 11:25 PM

    solat bukan jaminan!

  5. 5
    kalamutiara 25 Februari 2010 3:14 AM

    JEBAT: sama seperti amalan lain, manusia hanya layak berharap pada ihsan Tuhan.

  6. 6
    hasimah 26 Februari 2010 11:15 AM

    Kalam, dia bukan alim, dia maling artinya dia pencuri dlm bahasa Indonesia.

  7. 7
    roslan jomel 26 Februari 2010 4:12 PM

    aku kekalkan solat 5 waktu sehari…dan aku tetap berpakaian seperti kutu rayau… :- )

  8. 8
    kalamutiara 26 Februari 2010 4:23 PM

    CIKGU: sedih tgk agama jadi topeng sekarang. kadang2 dibuat dalam keadaan pelakunya anggap dia orang alim
    ROSLAN: kutu soleh… hahah

  9. 9
    naimisa 27 Februari 2010 10:10 PM

    alim tupai tu… haha…

  10. 10
    adinda 1 Mac 2010 1:39 PM

    aikk macam mana sy boleh ketinggalan keretapi nihh!! sedar2 dah pengomen ke 10!! marah aku niiii

    alim miow tuuuu

Tinggalkan komen anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree