tuhan, ampunkan aku
mengsekerol deretan gambar dalam sistem gambar daripada agensi berita asing sebentar tadi menyedarkan saya kepada tragedi setahun lalu. tragedi yang - saya yakin - menyebabkan ramai daripada kita menitiskan air mata. pada 27 disember tahun lalu, zionis laknatullah menyerang semenanjung gaza.
pedulilah apa pun alasan bangsa yang mengagung2-kan ketuanan bangsa itu, tapi asasnya, mereka bencikan hamas yang mentadbir gaza. hamas adalah kumpulan yang komited dalam perjuangan islam. berbeza dengan fatah. walaupun sebangsa dan mungkin seagama, fatah berpegang kepada nasionalisme. ikut carian di wikipedia, fatah menganut sosialis. rasanya, ramai juga yang tak faham hakikat itu. jadi tak hairan jika puak2 tu asyik menyalahkan hamas ‘atas penderitaan penduduk gaza’.
dalam banyak keadaan, fatah kira-kira sama celakanya dengan kerajaan mesir.
tapi itulah. setahun sudah berlalu, rupanya. dan penderitaan warga gaza tetap begitulah. si celaka si celaka yang berkuasa - seperti mesir itu - masih buat bodo tentang peritnya bernafas di gaza.
dalam deretan gambar yang saya sekerol, ada bayangan polis gaza terhampar di atas jalan yang dicacatkan aspalnya oleh corak berserakan bom zionis. juga orang ramai berarak mengiringi lelaki yang terbunuh oleh bom zionis.
ah, saya sendiri terlupa serangan zionis ke atas gaza dah setahun. dan saya juga sekali lagi terlupa mendoakan mereka. tuhan, ampunkan aku.



Apabila kita derita, baru kita ingat pihak2 yg derita.Oh, memang alpa. Segera minta ampun.
salam, selamat tahun baru tuan kalam. Semoga dikurniakan keberkatan dan kecemerlangan yang berpanjangan.
Terima kasih kerana mengingatkan kami yang selalu alpa ini..
Salam, sdr Kalam, selamat tahun baru 2010. Penderitaan mereka adalah amaran buat kita yang sentiasa leka. Semoga kita semua saling ingat-mengingati.