pascahescom09
ah, ada rasa yang rencam ditangkap deria saya ketika ini. seronok berjumpa kawan2 di kota bharu dan menikmati keunikan kelantan adalah satu daripada sekian banyak pengalaman indah yang mungkin tak terlupakan hingga mati. menyuap dan mengunyah nasi berlauk sebagai sarapan di kampung biah hasil tangan ibu nfaizal juga sukar dibuang dari ingatan.
(nfaizal, lain kali mandi pagi sebelum mmandu kereta. biar tak eksiden)
begitu juga berkongsi bilik dengan kawan2 di new pacific hotel, berjalan kaki makan tengah hari di depan hospital mental, menjejak rumah pelukis yang tak jumpa2 (dan dikutuk dengan kejamnya oleh aj) juga menjadi satu lagi ingatan manis.
benar, saya dipilih menjadi sasterawan alam siber kali ini. benar saya dipilih bersama nimoiz. dan hormat serta kagum saya semakin tinggi saya kepada nimoiz, esastera.com dan karib kerabat esastera anjung timur yang bertungkus-lumus menjayakan hescom kali ini. disetandingkan dengan sasterawan sehebat nimoiz menjadikan saya amat kerdil, sesungguhnya.
pedulilah apa yang berlaku pun, dunia perlukan pelbagai sisi dan rasa untuk jadi benar2 indah. beban terasa semakin berat kini. tapi, saya tetap kalamutiara seperti yang anda kenal dulu, insya-Allah. dan saya sentiasa tidak benar dalam setiap masa. walau apa pun gelaran dikalungkan, saya terbuka untuk teguran dan penambahbaikan.
(kecuali dengan matahati, saya mungkin tak layak lagi ber-syed atau ber-doraisamy dengan kamu. tak ada kelas….)



TAHNIAH!!! haiyoo .. gue tidak mau bersyed sama kamu. berstarbucks, ada buleh? =))
Kalam pun hebatlah. Dulu, di awal-awal penulisan saya, saya teringin sangat nak menatap karya tersiar dalam Metro Ahad. Selalu baca tulisan Al-Abror Mohd Yusof. Dan ya, pernah sekali sajak saya disiarkan. Sajak tentang kemerdekaan kalau tak silap. Itupun diberitahu oleh kawan, saya terlepas beli. Dan tak sangka pula saya kena bersama-sama Kalamutiara mengendalikan Proksi di Shah Alam. Terasa kerdilnya saya (sebab tubuh Kalam besar dan saya kecil. Keh keh keh. Hayyooo, kesian Abang Mat. Abang Mat, nampak gaya abang Mat kenalah berstarbuck di KLCC bersama SOS, eh SAS Kalam.
SAS Kalam, terima kasih atas nasihat, Eh, bukan kampung Biah, tapi Kampung Pasir Kasar, Tahniah daripada saya sekeluarga..! kepada Abang Mat, jangan bersedih lagi. hahaha
tahniah, kalam…atas segala kemenangan tempoh hari. Semoga terus berkarya dan menyokong kami di eSastera.com! =)
Tahniah diatas kemenangan.
Tapi malam itu saya kurang mengenali sdr sbb berimage baru! … terpaksa bertanya pada org siapa yg menyerahkan hadiah untuk blok terbaik kepada saya tu! sbb sdr tertambah hensem sbb saya tak kenal!! hehehehe
Teratai, nfaizal berkenan kat anak teratai yang praktikal di Hospital Pakar Perdana tu. Hehehe.
ish..saya pun malulah nalk bersyed atau berdoraisamy dengan kamu. tak setaraf. ye la…duduk mungkin sama tinggi. berdiri belum tentu lagi. sebab kalau berdiri mungkin boleh bertupangkan apa2. ha ha ha ha
TINTA: hutang starbucks tahun2 lepas pun belum lunas, kan. tapi apa ada hal. anda semakin kaya-raya sekarang hahahah
NIMOIZ: kalau kamu tahu apa yang jadi di metro ahad, kamu mungkin tak mau berkawan dengan saya hahaha
NFAIZAL: kira semukim la tu… ingatan kedua: hati2 meniti mata pedang. nanti gelincir, susah hahaha
KABLAM: insya-Allah saya tak lupa jasa esastera.com.
TERATAI: nampaknya strategi saya berjaya ha ha ha
NIMOIZ: oh, hospital pakar perdana rupanya
MATAHATI: sedar pun diri tuh…!
Tahniah! Semoga terus beroleh kejayaan.
Salam Maal Hijrah. Tahniah di atas kemenangan.
Salam Maal Hijrah. Tahniah di atas kemenangan di Hescom 09
Kalau Kalam gembira, kami pun gembira. Teruslah kita bersastera.
salam sifu KALAM, tahniah SAS! Ucapan di alam siber. Rumah baru ni besar ya sifu, selesa dan dan dan…
TAHNIAH SAS kalamutiara, Salam Ma’al Hijrah 1431H.