esasterawan.org

masa merubah segalanya

 

satu masa dulu - untuk tempoh masa yang agak lama - saya bagaikan orang yang ‘tak ada perasaan’ kalau berdepan dengan

tragedi. pedulilah walaupun ia ngeri. penunggang motosikal dilenyek treler, misalnya. atau orang lemas dalam sungai.

jatuh bangunan. lemas dalam tapak pembinaan. atau apa2 saja.

pernah satu ketika, saya gemar melayari laman web yang paparannya hanya benda yang bukan2.

tak…. bukan yang bukan2 yang ‘itu’.

yang bukan2 dalam web tu - antaranya - gambar kemalangan ngeri di jalan raya. kapal terbang, kereta api, bot dan macam2. saya boleh baca/pandang lama dan sorang2 walaupun di tengah malam.

tapi itu dulu.

sekarang hati saya ternyata cepat cair.

tak….. bukan cepat cair dengan perempuan. itu bab/isu lain….

sekarang, saya cepat sayu kalau tengok ada orang kemalangan. lebih2 lagi kalau budak/kanak2. alahai…. makin sayu kalau saya tinggal sorang2 macam sekarang ni.

agaknya, inilah yang dikatakan orang sebagai ’semakin matang’, kan?

p/s:
selamat datang ke blog saya yang baru. tak ada acara pecah tanah di sini. cuma ada acara pecah entri ha ha ha

4 komen untuk “masa merubah segalanya”

  1. 1
    dr.irwan 8 Disember 2009 1:10 AM

    itulah antara ‘kematangan’ yang diperoleh apabila kita ada anak-anak sendiri. Kita lebih simpati terhadap dunia dan penghuninya.

  2. 2
    jebatsari 9 Disember 2009 4:00 AM

    yang salah guna perkataan matang. mengaku saja sudah tua walau jiwa dan nafsu masih muda. kekekkek, ehhhh ni blog kalam laaaa, ingat blog aku. ekkkeke

  3. 3
    Zek 9 Disember 2009 5:49 PM

    Salam. Tak tau nak komen apa. (Oh, dah tak ada perkataan pengelak spam di bawah ini?)

  4. 4
    tintasukma 12 Disember 2009 11:36 PM

    waaaaaaaaaa … nak ikut pindahhhhhhh

Tinggalkan komen anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree