esasterawan.org

alahai tuan doktor

entah apa sebabnya, tiba-tiba dia - lelaki 40-an itu - terfikir untuk mendapatkan pandangan kedua. second opinion, kata orang kampung saya. dia pun pergi ke hospital lain. dan dia - lelaki berusia 40-an itu - menarik nafas lega. dia tak perlu dibedah seperti tiga empat kawan sepermaiannya.

dia - lelaki itu - mengalami rasa kurang selesa di dada. pergi ke klinik, doktor kata, kena check kat hospital. dia pun pergi ke hospital di ampang - sama macam tiga empat kawan sepermaiannya itu. dan seperti nasib rakan sepermainannya itu, doktor di situ sarankan dia jalani prosedur macam rakan sepermainannya itu baru-baru ini. jalani pembedahan.

kecanggihan teknologi membolehkan pembedahan itu dilangsungkan lebih mudah dan pantas secara relatif. kos, jangan bimbang. company tanggung.

tapi dia - lelaki 40-an itu - terdetik di hati untuk mendapatkan second opinion. dia cuma cuak sebab semua orang yang pergi ke hospital di ampang tu dinasihat jalani prosedur sama. takkan semua orang kena buat benda sama, kan?

saya terpaksa berkampung seminggu di hospital pakar selangor di shah alam awal bulan ini. isteri boleh balik tiga hari selepas bersalin, tapi anak pulak kena jaundis. kena ‘panggang’ di bawah lampu. pilu tengok budak baru lahir kena ‘panggang’ tapi apa nak buat. demi kebaikan dia juga.

masuk hari ketiga, doktor pakar kata, tahap kuning yusuf rizqn masih tinggi. dan perlu ditahan di wad. saya dan isteri boleh balik, tapi anak kena dok dalam wad. dia pun nasihat, kalau boleh, dok je dalam wad. boleh jumpa anak bila2 suka dan beri susu.

saya dan isteri percaya. maklumlah, doktor pakar.

masuk hari kelima, doktor pakar tu pi bangkok ada seminar. ada doktor lain yang uruskan yusuf rizqn. tapi sampai ke malam, habuk pun tarak. kami tak diberi tahu apa statusnya.

masuk hari ketujuh - itu pun dah petang dan saya merungut kat nurse di situ - baru doktor pakar tu datang. bawak fail, tengok lebih kurang dan benarkan kami balik.

dan, ya, kami kena bayar lebih la sebab check out petang.

bukan nak berprasangka buruk, tapi doktor pakar juga manusia. dan sukakan wang, tak gitu? dan orang biasa macam saya, bagaimana, ya? di antara percaya dan manipulasi, rupa2-nya ia dipisahkan batas yang kabur.

2 komen untuk “alahai tuan doktor”

  1. 1
    tintasukma 26 November 2009 3:47 AM

    jaundice, kecuali kes-kes teruk, biasanya boleh pulih kalau jaga sendiri saja. Susu kambing dan aura ‘ultraviolet’ di pagi2 hari biasanya membantu. Kata orang laa .. ambo ikut aje.

    Rasanya doktor pakar tu pung dah tengok money money. Tapi takpe, asalkan rizqn elok. Korban mak ayah … Err .. camner nak sebut namanya nih?

  2. 2
    kalamutiara 26 November 2009 4:12 AM

    TINTA: ya. dan saya pun jadi mangsa ahlong berlesen untuk entah berapa tahun….
    2 - sebutannya, rizqin.

Tinggalkan komen anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree