esasterawan.org

Halaman Utama

Selasa, 24 Ogos 2010

semangat

bersemangat.

itu kesimpulan yang saya dapat pada malam (atau awal pagi) ini.

petang tadi, ada kawan kepada kawan sekolah upload gambar stesen bas teluk intan dan bas dengan signboard ‘chikus’. stesen ini adalah antara tempat *sacred dalam pengalaman jiwa saya sebab di situlah saya selalu menghabiskan masa. atau terpaksa menghabiskan masa. sekurang2-nya lima tahun saya menjadi ‘kekasih’ stesen bas teluk intan itu.

lepas tu, kawan kepada kawan saya upload gambar sekolah menengah seri perak. saya tak bersekolah di situ, tapi ada kawan2 sekolah rendah dan menengah di situ. ada pulak gambar abang saya yang sulung dengan diorang. dengan tie senget. ha ha ha… nostalgia, beb.

lepas tu baca blog butang zek. nostalgia lagi. baca blog pasar karat rima. lagi menebal nostalgia. dan diorang update blog agak rajin berbanding saya.

jadi, malam (atau awal pagi) ni, saya bersemangat nak aktif berblog sekali lagi. dan saya akan update blog2 saya seperti sebelum saya kenal efbee.

ok, cukup dulu. nantilah ya, saya sambung. bila? er, tak tau bila. heh heh.

 
* sacred tu harus dibaca dalam makna tafsir yang longgar. bukan suci/kudus hingga berkait dengan akidah. jangan pulak korang buat report polis kat aku! nanti sprm siasat, gayat beb! tak tau tingkat berapa aku terpaksa cekik leher sediri pulak! dan memanglah masa khutbah jumaat aku selalu tidur bila masuk bab puja2 orang itu ini. er, berdosa ke aku sebab buat gitu, ha?

Oleh Kalamutiara dan disiarkan pada 2:17 AMKomen (4)Blog

Senarai 10 blog terkini

Senarai 5 aktiviti terkini