esasterawan.org

2010.3 Salam Beli1

Lamanya aku tidak mengemaskinikan blog ini!  Sudah hampir dua minggu blog ini tersadai begitu sahaja!  Tidak mengemaskinikan blog adalah ”dosa” bagi blogger.  Walau apapun, sukacita aku nyatakan bahawa hal ini berlaku kerana laman eSasterawan.org ini masih dalam proses pemantapan.  Setakat ini, pelbagai pembaikan telah berjaya dilakukan oleh Webmaster kita terhadap platform baru eSasterawan.org ini.  Misalnya, atas permintaan ahli, jumlah entri blog terkini yang dipaparkan di laman utama kini dinaikkan kepada tiga (daripada hanya satu sebelum ini).  Satu lagi yang masih “tersangkut” ialah bahagian “Event Calender” kerana setakat ini aku masih belum berjaya memasukkan “event” ke dalam kalendarku!  Apabila siap nanti, bolehlah semua ahli eSasterawan berpindah blog dari eSasterwan.net ke eSasterwan.org yang lebih stabil ini.

2010 bermula sebagai tahun yang agak sibuk bagi aku, ketiga-tiga di dalam pekerjaan profesionalku, di dalam sastera, dan dalam keluarga.  Pengurusan masa terpaksa aku perhalusi lagi.

Kalau aku bercakap tentang eSastera misalnya, pelbagai rancangan dan cabaran baru dihadapi.  Antaranya:

Aku yakin pada tahun ini, Persatuan eSastera Malaysia akan dapat ditubuhkan, insya-Allah.  Mungkin persatuan ini boleh mengambil alih pelbagai gerak kerja bercorak “aktiviti”.  Maka eSastera Enterprise sendiri boleh tumpukan perhatiannya kepada gerak kerja bercorak “business”, iaitu penerbitan dan pemasaran produk.  Kami banyak rancangan penerbitan untuk 2010 tetapi, buat masa ini, satu pun belum berjaya dilaksanakan. Malah penerbitan blook Yang Lucu-lucu Di eSasterawan pun masih di meja reka bentuk.

Aspek paling lemah bagi eSastera barangkali ialah pemasaran produk.  Kebanyakan buku yang kami terbitkan belum berjaya di pasaran.  Malah penjualan “majalah sekolah” kita, Sastera.Net, juga adalah terlalu lembab.  Ramai ahli eSastera sendiri tidak membelinya.  Tentu ada sesuatu yang boleh difikirkan untuk memperbaiki situasi pusingan modal ini, kalau tidak kegiatan utama ini terpaksa diperlahankan atau diberhentikan pula.

Mari sama-sama kita harungi 2010 dengan semangat baru untuk membeli produk-produk eSastera!

Ini majalah terbaru Sastera.Net (Edisi 8).  Dapat dibeli di Kedai eSastera: www.KedaieSastera.com.

6 komen untuk “2010.3 Salam Beli1”

  1. 1
    tintasukma 30 Januari 2010 6:03 AM

    tinta cadangkan disediakan pilihan tempahan secara tahunan. Dengan ini, kita boleh mengagak berapa ramai mau beli atau sudah komited beli. Mungkin ada yang jenis macam ambo: mau beli tapi masa tarak untuk mengikuti segala perkembangan. Jika ada, maklumi tinta. ambo mau melanggan deh. tkasih.

  2. 2
    dr.irwan 30 Januari 2010 11:56 AM

    Langganan secara tahunan… Ini idea yang baik. Nanti saya minta pihak pengurusan eSastera Enterprise brain-stormkan cadangan ini. Terima kasih sudi memberikan cadangan.

  3. 3
    kalamutiara 1 Februari 2010 7:46 PM

    setuju. buka langganan tahunan. ahli2 tegar, admin, diwajibkan beli. takkan beli baju je…. sastera.net kena beli gak

  4. 4
    kingbinjai 1 Februari 2010 9:52 PM

    prof, pesta buku bulan 3 amacam? ada harapan tak esastera bukak booth?

  5. 5
    dr.irwan 2 Februari 2010 1:53 AM

    sdr kingbinjai,ya… kami akan dapatkan satu booth, insya-Allah.

  6. 6
    kriey 2 Februari 2010 8:33 PM

    ha, bagus cadangan langganan tu, tak susah-susah nak pindah wang setiap keluaran

Tinggalkan komen anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree