Perang
Kami sedang berjuang untuk terus menghidupkan blog eSasterawan.org ini akibat serangan spam. Usaha terkini, Webmster telah ubahkan papan komen di sini ke papan “Facebook social plugin”. Nampaknya tiada spam lagi tetapi spam datang pula menyerang emel kita melalui lorong trackback. Di samping itu, beberapa ciri blog ini tidak beroperasi apabila papan komen ditukar kepada jenis Facebook. Harap sdr sekalian dapat bersabar. Kita sedang buat apa yang boleh. Antara perkara yang tidak beroperasi: (1) Bilangan komen kepada entri blog tidak dirakamkan di Laman Utama; (2) Komen di Papan Nota tidak keluar di Laman Utama; (3) Di lamam Papan Nota, hanya komen terbaru dan komen sebelumnya sahaja yang dipaparkan, itu pun komen kedua tu terpangkas paparannya.

AMARAN: sebelum menghantar komen di kotak komen Facebook social plugin tu, sila buang tanda “tick” di butang “Post to Facebook” sebelum menghantar komen di sini, kalau tidak komen kita akan keluar juga di wall kita di portal Facebook.



