esasterawan.org

Halaman Utama

Jumaat, 11 November 2011

Seperti



SEBUAH SEPERTI


Seperti selesa semuanya
bulan kembali ke paksi.
telah selesai
langit selautan alusmitai
rumput ungu, ya bukan hijau seperti kebiasaan

bunga senyum bergulung dua
daun sedikit campuran merah muda

ya seperti di dalam mimpiku selama ini
laut apatah lagi

seputih-putih berseri tanpa gelora
pasir melompat-lompat digeletek angin

ranting memerhati, seperti jemu tidak mempeduli seputar cerita


dunia puisi beginilah sudut seharusnya
bebas tanpa deruman enjin pesawat udara.


Aku beristirahat
bernikmat seperti keseluruhan kawan

lawan sekaliannya telah tersumpah menjadi kuda dikasi

mereka sayur mati
mereka segumpal sampah tercampak ke tepi.


Dunia sebersih ini
usah tercemar seperti
sayangnya kita akan sihat emosi
syyy… tidurlah
biar kudodoi dengan asyik yang panjang.


Hasimah Harun

Kuala Lumpur, 30.1.2010
(Sabtu)

 

 


Relax Music - 2010
- 01. Miracles Of Love




Oleh Hasimah dan disiarkan pada 11:50 PMKomen (0)Blog

Senarai 10 blog terkini

Senarai 5 aktiviti terkini