Catatan Pelayar
Laman ini dikemaskini pada 14 Ogos 2008 9:22 AM oleh Encik Admin.
Alhamdulillah, webmaster kita sudah berjaya memasang anti-spam di Papan Nota dan juga di kotak Komen bagi entri blog. Sdr boleh memblog dengan selamat sekarang. (Perhatian: ada beberapa ahli yang masih menghadapi masalah Papan Nota yang hilang. Bersabar ya, sementara kami mencari penyelesaiannya).
Salam. Webmaster Adib sedang menangani isu spam yang menyerang templat blog ini. Setakat ini, kami telah masukkan anti-spam ke ruang komen Papan Nota di setiap blog. Kini webmaster sedang menguruskan kotak komen untuk Posting (entri blog). Mohon bersabar. Templat blog ini akan beroperasi seperti sedia kala dalam masa terdekat, insya-Allah.
Alahai, anti-spam WordPress yang sangat-boleh-harap itu telah ditelusi! Kini kami telah menutup kotak “Komen Entri Blog” dan kotak komen di Papan Nota demi menyekat kemasukan komen yang tidak dikehendaki. Malangnya, komen yang dikehendaki pun tidak boleh masuk juga! Harap sdr bersabar sedikit lagi untuk Webmaster kita mencari anti-spam yang berkesan. Kami akan beritahu apabila sistem “kotak komen” di blog ini beroperasi seperti biasa.
Salam. Nampaknya laman eSasterawan.org kini sedang diserang dengan teruknya oleh spam, baik di kotak komen mahupun di papan nota. Pihak webmaster sedang cuba mengatasi maslah itu. Diharap sdr bersabar dengan dugaan sementara ini.
Alhamdulillah, laman eSasterawan.org ini hampir siap kini. Tahniah dan terima kasih kepada webmaster Sdr Adib. Semua eSasterawan di eSasterawan.net akan dipindahkan ke sini tidak lama lagi
Beberapa usaha telah dilaksanakan untuk mengelakkan serangan spam melalui kotak komen karya, kotak komen di Papan Nota, dan melalui saluran trackback. Malam ini Mr. Webmaster telah mencuba lagi sesuatu yang baru. Nampaknya agak berkesan. Kita tunggu hingga esok, sama ada serangan masih terjadi atau tidak.
Saya tiada FB.Ni yang susah nak komen entri rkn-rkn.ATAU saya ada lain-lain cara?
tahniah team belakang tabir esasterawan. langkah baru seganding facebook dan seanteronya.
suka sangat ……
saya dah lupa kata laluan dan password. macamana ya?
blog saya juga diserang teruk…mohon ubatkan sebelum cedera parah
Blog saya diserang spam, sudah hampir 20 komen merapu masuk.. 24 Julai 2011
wow, anti-spam di sini pun beroperasi dengan baik!
Percubaan anti-spam baru di ruangan Catatan Pelayar ini.
Komen di entri blog dan di papan nota telah disekat sementara kami mencari anti-spam yang berkesan. Anti-spam WordPress sedia ada telah ditewaskan oleh penceroboh!
diserang dan diserang, lebih 90 komen menyerbu.
Hescom 2010. Siapakah pemenagn blog eSasterawan terbaik di Hescom 2010? Siapakah pemenang hadiah Pelawat Bertuah di blog eSasterawan ini untuk 2010? Datang ke Hescom 2010 untuk mengetahuinya!
salam,
akhirnya menjadi juga ahli pada laman ini walaupun tahu dan sedar ia telah wujud sekian lama, disebabkan minat yang on and off kerana hambatan masa dan kerja. terima kasih
salam eid-fitri
Tahniah! sudah lama menanti pembaharuan ini.
salam..wah,lama x datang.cantiknya…menariknya..halaman baru..:)
rumah saya tak ada lagi..huhuhu..lama x bayar sewa kut..nti nk p bayar..sayang sangat rumah ni…laman-lamannya subur mewangi..
k.ainadilah; apa khabar ya? rindunyaaa…
Wah, satu pembaharuan. Mantap. Maknanya, tidak sukar untuk melihat mana-mana entri terkini ahli2. -:)
Assalamualaikum. Baru masuk dan baru faham..oo..Menarik .Tahniah kepada penggeraknya..:)