056 : Mencari Lailatul Qadar

056 : Mencari Lailatul Qadar
Seperti janji Allah dalam Surah Al-Qadr ( surah ke-97 ), Lailatul Qadr ( Malam Al-Qadr ) adalah malam hadiah dpd Allah kpd umat Muhammad SAW. Malam yg diturunkan padanya Al-Quran, adalah lebih baik dpd seribu bulan ( 83 tahun 4 bulan ), malam itu turun Jibril dan para malaikat ke alam ini ( bumi? ) untuk mendoakan keberkatan kpd mereka yg beribadat.
Tentang bila datangnya Lailatul Qadar ini, ada banyak pendapat. Ada yg kata bila2 masa saja dlm bulan Ramadan dr 1-30 Ramadan, ada yg kata malam2 ganjil dr 1-30hb, ada yg kata bila2 saja pd 10 terakhir, ada yg kata mlm2 ganjil sepuluh terakhir dan ada yg kata ( digunapakai oleh org2 Arab dan ada antara mereka yg meraikannya ) pada 27 Ramadan. Tetapi yg paling masyhur ialah pd malam2 ganjil sepuluh terakhir Ramadan iaitu 21, 23, 25,27 dan 29 Ramadan.
Tentang tanda2nya pula, ada berbagai pendapat juga, ada yg kata malam itu udara/cuaca nyaman, ada yg kata hujan turun sedikit utk menyamankan keadaan, langit cantik, serangga dan unggas tidak berbunyi membingitkan telinga, kita menjadi malas dan mengantuk. Siang hari esoknya pula, cuaca nyaman dan langit juga indah.
Tentang berjumpa dgn org tua, lelaki kacak ( malaikat ), pokok tunduk, air di kolah surau/masjid atau di sungai dan tasik melimpah bagai jeli ( melampaui bingkai/tebing ), mendengar suara di balik tabir dan sebagainya, ini adalah tanda untuk mereka yg terpilih, satu dalam sejuta, bertuahnya…
Dalam mencari Lailatul Qadar ini, marilah sama2 kita meneruskan amalan baik seharian kita dan menggandakan dengan amalan2 sunat.

Janganlah pula pada malam2 sepuluh terakhir itu, kita keletihan kerana menjahit atau membeli pakaian raya untuk diri dan keluarga.

Atau kita sibuk membuat kuih raya bermacam2 rupa, rasa , bentuk, saiz dan warna sbg hidangan di Hari Lebaran nanti.
Bukan tak boleh, bahkan kita digalakkan berpakaian baru, bersih dan cantik di pagi raya. Juga digalakkan menyediakan hidangan yg enak utk saudara-mara yg berziarah. Tapi perlu diingat, jangan sampai membazir.






