esasterawan.org

Halaman Utama

Selasa, 14 Februari 2012

Dia seorang Bri, telah membekalkan kami dengan cinta . .

Bagaikan keretapi di Gemas,setiap detik kita sebetulnya sering berselisihan dengan kematian dalam suasana pandang memandang yang tidak disedari.Itulah kelaziman.Untuk tidak bertukar, sekurang-kurangnya pihak yang “ditugaskan menjemput” mengunjungi kita tidak kurang dari 70 kali dalam sehari.

Akan tiba jua satu detik dari waktu di mana persuaan yang sering berselisihan itu akan terserempak.Di kala itulah katanya, kebanyakan orang(semoga dijauhkan) akan terperangkap dalam sebuah pertemuan yang mengelukan lidah dan mendinginkan lengan,segala jari tangan serta seluruh ruas dari persendian yang berjumlah 360 itu.Allah , ya Allah !

Allahummagh fir lahu
Warhamhu
Wa’aafihi
Wa’fu anhu

Sahabat kami itu ya Allah.Awalnya dia dijemput ke padang pemergian -Mu untuk kekal ya Allah.Lemahnya kami.Tak terkudrat kami menebak rahsia disebalik keputusan-Mu ya Allah.Maafkan Bri dan ampunilah dia serta maafkan kami.Bri telah membekalkan aku dengan cinta sehingga aku tidak mampu memikul beban yang cukup memberatkan aku dari perpisahan ini.Allah ya Allah !Dengan cinta itu,Bri telah membawa airmataku bersamanya.Allah - aku kehilangan sebutir delima dari jari yang membunga di cincin percintaanku. Pagi tadi, permata itu jatuh dari milikku.Aku reda jualah - apa lagi.Apalah lagi daya upaya . .

Dengan pemergian ini ya Tuhanku, Kau telah menunjukkan kepadaku resam Takdir Baik itu akan dan telah melampaui cengkam genggamanku.Semalam Kau Tuhanku dan Takdir Baik dari-Mu, telah berada di puncak gunung.Kau telah menyatukan lembah dengan tanah pergunungan.Lalu ia kini menjadi satu;mengembalikan tanah kepada tanah.Yang tinggal kini hanyalah anasuraya dan aku yang jauh . .jauh termangu;bahkan terlalu terganggu.Betapa pedihnya harapan dan perpisahan yang berputaran akan bertangkup; mungkinkah(?) ya Allah - Engkau jualah yang Maha Mengerti sedangkan kami;langsung tidak mengerti.

Ini semua akan semestinyalah diikuti pula oleh kami setibanya persuaan terakhir yang kini sedang masih berselisihan dalam salam pandang memandang yang saling berlingkaran.Entah, berapa lamakah lagi; kami cukup tidak mengerti.”Ya Allah;jangan Kau jadikan kami;orang-orang yang lalai walau sedetikpun - menunggu pancaran hakikat dari persuaan yang boleh memeranjatkan ini. Amin.

anbakri & anasuraya
Jam 12.00 t’hari
14 Feb 2012

Oleh Anbakri dan disiarkan pada 1:23 PMKomen (0)Blog

Senarai 10 blog terkini

Senarai 5 aktiviti terkini