esasterawan.org

Halaman Utama

Selasa, 20 September 2011

kerja

tidak tahu saya samada masih ada yang membaca disini.lama benar tidak kemari dan menulis. tulis saja-lah!

lama dulu,saya pernah makan gaji.hampir sepuluh tahun dan hasil didikan berkerja itu membuatkan saya suka menyiapkan apa juga tugasan yang ada dengan segera.juga saya faham apa itu hairaki dalam perkerjaan.yang atas memberi arahan dan yang bawah perlu taat,

lalu saya ketawa besar bila mendapat panggilan dari satu jabatan kerajaan. ‘tuan pengarah minta en.abdullah datang kepejabat jam 4petang hari ini’. mungkin saya kurang ajar bila berkata ‘jika tuan pengarah berhajat mahu bertemu saya,maka dia patut datang kepada saya’.

mungkin tuan pengarah itu tidak faham bahawa yang patut patuh kepada beliau adalah siapa yang dibawah beliau. saya ‘orang luar’ lalu tidak terikat kepada perintah beliau.

moleknya,beliau sendiri yang menalifon dan mengajak bertemu.mungkin saya akan lembut hati untuk bertemu beliau.

ps; saya dipanggil kerana satu tulisan saya mengenai jabatan tersebut. hairan mengapa tulisan kecil saya juga diambil peduli.

Oleh Abdullahjones dan disiarkan pada 1:00 AMKomen (0)Blog

Senarai 10 blog terkini

Senarai 5 aktiviti terkini